"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Saturday, January 29, 2011

Semester II

Saturday, January 29, 2011
Sudah hampir habis semester kedua. Isnin depan, kelas terakhir saya.
Quiz dan assignment semua sudah diberi. Cuma tinggal nak bagi markah je.
Tapi kena tunggu anak-anak murid submit assignment mereka dulu.
Sebab tempoh menghantarnya belum tamat lagi.
9hb Februari 2011 tarikh akhir.
Saya pasti ada di antara mereka masih lagi belum memulakan tugasan tu.
Nak tunggu 7hb atau 8hb baru nak buat.
Buat last minit lagi mencabar kata mereka (kalau sempat siap selamatlah.. saya dah bagi amaran, lambat hantar tidak akan dilayan..)
Jadi, pandai-pandai la 'adjust' masa anda.
Soalan memang senang, tapi kalau buat last minute, semua benda akan jadi susah.
Tak percaya? Cubalah! :)

Selepas ini nak kena bersedia untuk belajar semula.. :D


p/s: cakap berdasarkan pengalaman. tapi kes saya, saya memang terlupa! memang rasa nak termuntah masa nak siapkan tugasan saat-saat akhir ni!


3 Roads Chosen

Monday, January 24, 2011

Rupa seperti cakoi; Cara seperti Éclair

Monday, January 24, 2011

Alhamdulillah 3x, kali kedua mencuba akhirnya berjaya..
Sebelum ni adunan dia agak keras.. End up, jadi roti pintal.. (hahaha.. sebab dah tak larat nak tekan doh tu jadi bentuk bintang...)
Tapi masih juga rasa lenguh-lenguh tangan ni dek kerana menekan 'cookie presser' yang manual itu...
Kalau pakai letrik mungkin tidak mengalami lebam-lebam otot seperti ini... :P
Sampai sekarang masih lagi terasa ngilu tangan ni, nak pusing stereng pun sakit.. tangkap sampai bahu tu... 

Mahu taknya, kena guna tenaga dalaman untuk mendapatkan hasil yang cantik.. 
Mula-mula, saya pintal je adunan tu, tapi bila rasa doh tu lebih lembut dari sebelum ini. Maka saya pun berazam untuk mencuba sekali lagi menggunakan cookie presser.
Kali ini dengan bantuan cik perut... (boleh bayang tak macam mana tekan guna perut??)
Erkkk....!!Tak perlulah nak bayangkan... :f

Jadi apa bendanya yang rupa seperti cakoi tapi cara buatnya seperti Éclair??!
Namanya Churros! (sekali lagi mencuba resepi kat blog Kak Irma ;) )
Di bawah ini adalah rupa hasilnya (setelah mencuba kali kedua, yang pertama tak sempat ambil gambar sebab licin dimakan raksaksa-raksaksa kecil [dan besar..] :i )


Hasil menekan dengan perut. 
Tiga yang pintal tu yang paling awal dibuat (sebelum menyedari doh itu lembut berbanding dulu...)


Versi 1: Dipped with chocolate...


Versi 2: Plain


Versi 3: Dusted with confectionary sugar+cinnamon
(I like this one better..)


Versi 4: ?????
Bersama model yang 'request' gambarnya diambil bersama hasil senaman perut... :D


Yang ini pula adalah adunan yang dililit pada mulanya..
Rasanya tetap sama, tak ada yang special pun :P



Mudah aja nak buat, bahan dia pun tak susah nak dapat.
Selalunya bahan-bahan itu ada kat rumah.

p/s: Sebelum ni doh keras sebab guna telur gred C, jadi dia tak cukup 'liquid' nak melembutkan adunan. Kali kedua guna size A/B, baru ok....


7 Roads Chosen

Saturday, January 22, 2011

Bulan kedua

Saturday, January 22, 2011
22 JANUARI 2011 bersamaan 18 SAFAR 1432 HIJRAH

Cantik sungguh nombor di atas... :d
Kalau nak ikutkan, saya lahir awal tahun, bukannya akhir...
Dan kalau ikutkan sistem bulan, saya sudah layak mendapat 'Jubli Perak' sekarang ni... ( Itupun kalau ikutkan kalender kat dalam blog saya ni la.. Tapi kalau guna hijri converter dalam islamicity, esk baru 18 Safar...)
Tapi kalau ikutkan sistem matahari... lagi 9 bulan, baru boleh terima anugerah 'Jubli Perak' (tepat 9 bulan!)


Matahari dan Bulan


Ye, saya lahir bulan dua dalam tahun Islam.
Tapi bulan sepuluh dalam tahun yang dikira mengikut sistem Gregorian.
Jadi, bagi kawan-kawan saya yang lahir bulan sembilan (22hb September) ke bawah..
Anda sepatutnya sudah layak mendapat 'Jubli Perak' dari tahun lepas lagi..
Kerana kalau mengikut kalender Hijri, anda semua lahir pada tahun 1406H.. :O
Manakala mereka yang lahir pada bulan sembilan (22hb September) DAN ke atas, lahir pada tahun 1406H! :h

p/s: Saya budak awal tahun.. bukannya akhir tahun...  :angel

2 Roads Chosen

Friday, January 21, 2011

DF: Memerlukan Seni..

Friday, January 21, 2011


"Setelah Abu Talib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah s.a.w semakin berat. Lalu baginda pergi ke Taif untuk mencari perlindungan dari suku Tsaqif, dengan harapan mereka mahu menerima ajaran Islam.


Ketika sampai di sana, baginda berjumpa tokoh-tokoh suku Tsaqif. Mereka adalah tiga bersaudara; iaitu Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas'ud dan Hubaib. Baginda mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam da menjelaskan maksud kedatangan baginda. Tetapi, mereka tihak mahu menerima kedatanagn baginda bahkan memanggil suku kaum Tsaqif mengusir dan mengolok-olokkan baginda. Akhirnya, baginda berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabiah, yang pada waktu itu berada di kebun dan mengetahui apa yang dialami Rasulullah s.a.w.


Rasulullah duduk di bawah pohon kurma dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kedua-dua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong. Lalu mereka memanggil pembantunya yang dipanggil Adas, "Ambillah setangkai anggur dan letakkan dalam dulang ini, kemudian berikanlah kepada orang itu" Adas lalu melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan Rasulullah seraya berkata, "Silalah makan".


Rasulullah menerima anggur tersebut, lalu memetiknya dan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sebelum memakannya. Mendengar ucapan itu, Adas terkejut dan memandang wajah Nabi dengan kehairanan. "Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini"


Rasulullah bertanya, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apakah agamanu?" Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani dan berasal dari negeri Ninawai" Rasulullah kemudian bertanya lagi, "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang solih itu?" Adas kemudia bertanya pula, "Apakah yang anda tahu tentang Yunus bin Matta?"


Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia adalah Nabi dan saya juga seorang Nabi" Mendengar jawapan itu, Adas lalu memeluk Nabi dan mencium kepala, kedua tangan dan kaki baginda...


Kedua pemilik kebun tadi menyaksikan kejadian tersebut. Lalu seorang berkata kepada yang lainnya, "Pembantu kita sudah diracuni oleh lelaki itu" Ketika Adas kembali mengadap tuannya, kedua-duanya berkata kepada Adas, "Celakalah kamu wahai Adas, apa yang menyebabkan kamu mencium kepala, kedua tangan dan kaki lelaki itu?"


Adas berkata, "Tuanku, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberi tahu kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang Nabi" Mereka berkata, " Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai kata-katanya membuatkan kamu berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik dari agamanya!"


(petikan dari buku 'Abbas As-Siisiy; At-toriq ilal qulub) " 

Apakah nilai-nilai yang ingin Rasulullah s.a.w sampaikan/tunjukkan?
  • Bagaimana mahu memikat hati manusia lain dan membimbing secara perlahan hingga mahu mengikuti ajarannya lantas mengikrarkan keIslamannya.
  • Sekiranya Rasulullah tidak melafazkan basmallah (dengan terang), nescaya tidak akan berlaku apa-apa dialog di antara baginda dengan Adas. Inilah proklamasi aqidah Islamiah yang patut diamalkan terhadap mereka yang belum lagi muslim.
  • Ketika Rasulullah ingin menjawab persoalan yang pertama yang diajukan Adas,  baginda menjawab dengan menyebut nama Adas dan bertanyakan serba sedikit asal usulnya. Ini merupakan sebuah rangkaian dialog yang tersusun dan rapi.
  • Apabila Adas menjawab kembali pertanyaan Rasulullah, lalu baginda bertanya kembali dengan pertanyaan "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba yang solih itu?" Rasulullah ingin memperlihatkan bahawa baginda mengetahui serba sedikit tentang asal usul Adas dan menggunakan gelaran 'hamba yang solih' kepada Nabi Yunus. Hal ini membuatkan Adas makin tersentuh dan tertarik.
  • Dan ketika Adas bertanya, "Apakah yang anda tahu tentang Yunus bin Matta?" Baginda menjawab dengan ucapan yang amat lembut, "Dia adalah saudaraku. Dia adalah Nabi dan saya juga seorang Nabi" Di sini dapat dilihat sifat tawadu' Nabi dengan terlebih dahulu menyebut nama Nabi Yunus sebelum dirinya sendiri. Menunjukkan rasa hormat dan kasih baginda kepada saudaranya. Kerana pada kebiasaannya, kita, apabila mempunyai kenalan yang ada 'kelebihan' (popular), kita akan selalu mendahulukan diri sendiri. Sebagai contoh, "Dia tu dulu sekolah sama dengan saya" (bunyinya seperti sombong dan riak) Tetapi yang sebaiknya, katakan "Saya dulu sama sekolah dengannya" Ucapan ini lebih lembut dan mesra (tawadu')

p/s: Buat para dai'e, adalah satu kelebihan untuk mengetahui info serba sedikit tentang bakal mad'unya.. Get to know people first before we want them to know us... :$

4 Roads Chosen

Lasagna tanpa keju?

Suka makan lasagna? Tapi tak suka sangat keju atau takut ++kg..?
Senang je, buatla lasagna tanpa cheese. Kos pon jimat. (Mahal tu kalau nak beli keju... :P )

Ini gara-gara tengok rancangan Rachael Ray tempoh hari. Dia bincang pasal 'healthy food and diet'. Seorang jemputan dari pakar kesihatan menjadi tetamu beliau.

Yang jadi semangat nak cuba tu sebab dia tak pakai keju! Woaaahhh! Seronok... :e
Jadi tak la risau sangat pasal jumlah lemak tepu yang akan tersekat dalam bahan ni.. :P

Tapi, bagi sesiapa yang tak suka makan sayur, mungkin akan tidak menyukainya dan mempunyai masalah untuk menelan lasagna ini.. :~  Ye ke... tak kot... sebab adik-adik saya yang bukan penggemar sayur tu sedap je telan, tak de masalah pun..

Bila dah bakar dan bercampur dengan sos dan bahan-bahan yang lain, sayur tu tidak akan terasa.. 8)
Tapi...mana sedap lasagna tak letak cheese... Tak berlemak la.... :@

Jangan risau.. ada bahan pengganti keju tu untuk membuatkan dia rasa berlemak.. Cuba teka apa? :brow
Kacang....?!  Yea betullll! :party

Resepinya anda boleh lihat di sini.. 
Saya ada la ubah sikit-sikit mengikut citarasa Melayu saya... :O
Hehehehe....

Sesuai untuk vegetarian.. (dan yang ingin diet yang sihat) :$

Yang putih2 tu mayonis.. Tak de kesan pun atas rasa dia. 
(Nak tunjuk nilai-nilai estetika la kononnya.. Tapi tak menjadi... ) :c

p/s: Untuk sos dia, boleh letak sos yang kita buat sendiri. Kalau nak cepat, Prego pun boleh kot dan saya tak letak kacang dinding kat dalam ni. Sebab puas cari tiga kedai tapi tak jumpa.. :k

5 Roads Chosen

Saturday, January 15, 2011

Jika saya mendapatinya setahun yang lalu

Saturday, January 15, 2011
Sedang saya membuat senaman 'blog hopping', saya tersinggah di blog Ina.
Ina- kawan saya yang suka belajar Bahasa Arab (dan bercita-cita untuk bersuamikan orang ****  :) Amenn... moga cita-cita Ina dikabulkan...)

Saya suka baca syair-syair yang dia terjemahkan; memandangkan Bahasa Arab saya perlu disembur pelincir kerana tahap kekaratan yang melampau.. :P

Syair-syair itu telah membuka sesetengah memori/pengalaman hidup yang kadang-kadang seronok untuk diingati dan kadang-kadang menyakitkan hati..

Tetapi syair yang ini, mengingatkan kembali pada pengalaman yang memang saya hajat untuk buang dari peti...

Tetapi.....
Dengan syair ini juga, saya akan lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang bakal ditemui.. :D

Mari bersyair kawan-kawan...

Hhmmm.... saya tertanya, kalau saya baca/tahu syair ini setahun yang lalu, mampukah saya mengaplikasikannya? Sesungguhnya, memang benarlah orang yang kuat itu bukanlah orang yang layak masuk WWE, tapi orang yang dapat menahan marahnya... :)

~~Peace...

p/s: Murid-murid, cikgu minta maaflah kalau cikgu ni seorang cikgu yang  مُرِّ الْجَفَا




2 Roads Chosen

Wednesday, January 12, 2011

Selamat ulang tahun

Wednesday, January 12, 2011
Semalam saya bertekad untuk membuat kek. Nak mencuba resepi oreo cheesecake yang kak Irma dok tayang kat blog dia tu.. Jeles saya menengoknya... Tapi niat selalu je terbantut, sebab bahan2 masakan yang dibeli untuk dibuat kek telah lesap dimakan sebelum ia bertukar menjadi kek..! Tambahan masa yang tak mengizinkan..

Jadi semalam, balik dari kerja terus pergi cari bahan2 yang diperlukan (yela, orang dah boleh memandu sendiri, senang la kerja kan3... =p Tapi ada juga bahan yang tertinggal. Malam tu minta tolong birthday girl bawa saya gi kedai. Siapa suruh dia malas nak alihkan kereta dia, kan ayah dah amik kereta merah+oren tu gi berjalan. Saya tak reti bawa kereta biru yang songsang kedudukan sterengnya itu; dan juga kereta birthday girl yang tinggi pinggulnya ;p), revise balik resepi kat blog kak Irma (cewah, revise tu! memang kena buat, percayalah. Sebab sudah berpengalam tersilap masuk bahan and sukatan sebab kononnnya ingat sgt la resepi yang nak dibuat. Mari kita ambil pengajaran) dan mulakan operasi sekitar jam 12.00am.

Lama betul nak buat kek ni. Tak susah, cuma dia manja sikit. Kena 'water bath'kan dia. Kalau tak dia akan 'crack' dan nampak tak cantik. So, kena layan dia dengan lemah lembut sikit. Bakar pulak ambil masa dalam 45-50min. Lepas tu kena biarkan dia 2-3jam dalam oven yang masih panas supaya dia tak terkena kejutan budaya (bak kata kak Irma la, 45min duduk dalam oven panas tiba2 pindah keluar duduk dekat North Pole). Tapi sebenarnya, kak Irma kata untuk membantu kek tu masak sepenuhnya... ;)

Dalam pukul 3.15am siap la kek tu dibakar. Saya 'switch off ' oven, keluar kan bekas mandian dia (water bath) dan aluminium foil yang dililit pada loyang, dan biarkan dia bertapa dalam oven tu 2-3jam lagi...
Saya naik atas, terus terjun atas katil.. ~Yaaawwwnnn~ Mengantuk!

Pukul 5.45am saya bangun terus ziarah dapur dulu.. Dengan senyuman lebar dipagi hari, saya lihat kek yang gebu itu dalam keadaan baik. Tak ada merekah2 langsung. Thumbs up! untuk kak Irma kerana menunjuk ajar cara2 membuat kek ini dengan terperinci. =)

Tapikan kak Irma, saya ada la mengelat sikit =p (hehehe, bak kata kak Irma, saya anak murid derhaka la ni. Tak ikut cakap cikgu!) Tapi alhamdulillah, tak de la apa-apa yang berubah pada rupa paras kek tu. Cuma kalau tgk gmbar yang akak pos tu lagi macam sedap la sebab siap garnishing kan... *wink2* Saya yang kurang rajin ini (tambah tiada bahan yang cukup) hanya letak coklat parut je. Coklat parut ni saya letak sejurus selepas bangun dari tidur pagi tadi. Sebelum sejukkan kek dalam peti.

Sebenarnya saya tak tau hasilnya macam mana, kalau berdasarkan rupa semata boleh la dapat A++ kot (Hahah, masuk bakul sendiri). Tapi kalau bab rasa dia, saya tak pasti. Sebab kek tu masih elok duduk kat dalam peti tu tak diusik lagi. Nak tunggu birthday girl balik petang ni baru boleh makan. =p


Pukul 5.45am, keluar dari oven terus parut coklat kak atas kek 
(lupa nak amik gambar sebelum dihias; nak tunjuk bukti kat kak Irma yang kita punya kek tak merekah. Thanks again kak Irma!)

Saya ni bukan la pemakan cheese. Cheese ni dah lama beli kononnya nak buat untuk birthday Janggout, sebab Yong kata dia suka cheese cake. Tapi saya tak larat masa tiba birthday dia 
(tahun lepas)

Jadi untuk menyelamatkan cheese itu daripada rosak (expired), maka saya pun buat la untuk birthday girl ni.. Hohoho...

Sebenarnya teringin nak buat resepi blueberry cheese cake, sebab boleh exercise tangan... 
(Sebab kak Irma kata nak buat resepi tu kena baling buah blueberry tu sekuat hari supaya tenggelam.. Haahaaaha... Main-main aje, mahal tu nak beli blueberry! Kalau ganti buah keriang aci tak eh kak Irma? ;p)

Birthday girl potong kek... 
(yang ke berapa pon saya tak tau, sebab kat opis dia pon orang belanja juga; Buktinya? tulisan 'happy birthday' tu saya kidnap dari lebihan kek yang dia dapat daripada office mate ;p)



Nampak birtday girl punya tangan je. Sebab semua pun malas nak pakai tudung untuk bergambar tengah-tengah malam kan... Huhu~

Gambar nanti saya poskan, mana ntah kamera tadi... 
Mesti birthday girl tu bawa gi pejabat... Nak ber'posing'2 dengan staf la tu. Huh!
Itulah dia gambar-gambar cheese cake yang pertama kali saya buat ... ;p
Tapi rasanya still tak boleh lawan dengan kak Irma punya kot! ;)

Apa-apa pun, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE - ..... BIRTHDAY GIRL MAMA of four kids!


p/s: Lepas ni nak cuba yang lain pulak. Terutamanya nak ada strawberry yang bersusun tu. Tapi... kat sini buah tu mahal la kak Irma... ='(




15 Roads Chosen

Sunday, January 9, 2011

Can you spot the difference?

Sunday, January 9, 2011
Are they the same person? If you ask Aimi, all these pics are her lil bro.. ;p



8 Roads Chosen

Friday, January 7, 2011

Kita suka bila diingati...Mereka pun sama

Friday, January 7, 2011
'So Che Amran, what is the answer? Can you help me please...?' dengan yakinnya saya memanggil anak murid dalam makmal komputer. Tiada yang menyahut..
'Yes Bro, what's the answer?' 
Anak-anak murid saya yang perempuannya dah mula senyum-senyum..
'Miss..miss panggil 'che comel' ke? Nama dia Che Abdul ..... '
'Oh I'm sorry, I don't know why I always call you Che Amran'
'I'm sure you are a fan of Raihan.. kan miss kan?' tanya anak murid yang lain.
*Sigh+malu....
'Maaf la brother, kalau saya tersasul lagi, awak menyahut je la ye..'
--------------------------------------------
Ini pengalaman semester lepas.. Tapi lepas dari kes selalu tersasul tu, saya panggil dia Che Comel, macam yang kawan-kawan dia yang lain panggil. Gegak gempita kelas tu bila mula-mula saya guna panggilan tersebut. Senang, tak tersasul... dia pun macam 'cool' je. Dia mesti menyahut dengan semangatnya bila dipanggil begitu. (Kenapa dipanggil che comel, saya pon tak tau.. Itu kisah dia dan kawan-kawannya)

Saya akan cuba ingat semua nama anak-anak murid saya (walaupun kadang2 bertukar-tukar), sebab itu adalah salah satu kiat-kiat mengambil hati.. Saya baca dalam buku 'Abbas Assissii..
Walaupun ada lebih hampir 100 anak murid yang saya ajar pada semester tersebut.. Saya gagahkan juga..

Satu lagi perkara yang selalu terjadi pada saya ialah; memanggil anak murid dengan nama bapanya. Memang sahlah tak ada orang yang akan menyahut.
'Sorry, isn't your name %*@ ?'
'No miss, that is my father's name'
"Oh! I'm soooo sorry!'
----------------------------------------------

Semester ni, saya ada murid yang kurang jumlahnya dari semester lepas. Tak sampai 50 rasanya. Jadi, ingat tak de la nak pening kepala sangat. Huhu.. Tapi pening juga rupanya..

Strateginya ialah, kalau saya tak ingat nama mereka, saya panggil mereka dengan panggilan ibn ... atau bintu ... (itupun kalau saya ingat nama ayah mereka la). Kalau tak, saya akan tengok senarai nama dan cuba padankan dengan muka mereka.. Sesuai tak..? Kalau macam sesuai baru panggil.. (Tapi kadang2 tak menjadi juga, sebab mulut panggil nama Aisyah tapi mata tengok Fatimah..Hahaha..kantoi..)


Nama baru bagi ikan yang tiada mata (I==eye)



Saya buat begini sebab saya suka kalau cikgu saya pun begitu... Berasa dihargai dan dipeduli (sekurang-kurangnya kita tahu la cikgu ni tahu siapa yang ada dalam kelas dia)

Dan semester ini, saya ada pelajar dari Sudan..
Nama dia Sami Ibrahim
Tapi saya sengaja panggil dia Sami Yusuf...
Hehehe ;p

(~~Tak tau la dia kenal ke sape Sami Yusuf tu, tapi dia punya Bahasa Melayu memang superb la.. Lahir kat sini kot...~~~)

4 Roads Chosen

Go for expensive or cheap?


Education is difficult and expensive, but whatever it cost, it's cheaper than ignorance... (by a wiseman whom I dunno the name)

Oh what to do..., in today's world everything needs to be paid. Even if you wanna throw the unwanted things! At least you need to have 20 or 30 cents in your pocket .. 
I already have an amount a BIG amount of debt that I need to clear out. (But I hope and pray to Allah that I only need to pay 10% of them or... can't you just give it free as a gift for the good performance..? ;p)

After this I need to try to get a full scholarship (no more loans) to pursue seeking al-hikmah...

Why bother to pursue seeking it?
To get a doctorate? Become a professor? Get well paid...perhaps?
No... it is because

الحكمة ضالة المؤمن حيثما وجدها فهو أحق بها 

Hikmah adalah barang mukmin yang tercicir, di mana sahaja beliau mendapatinya, beliau lebih berhak memilikinya

Al-hikmah- is the thing that was lost or being taken from us. That's why..


If only because of other reason than this, I don't think I have enough spirit to do it. (Especially after the 4 years; and that particular 1 year of experiences)
However, after rekindled all my dreams and look at the enthusiasms of KKT, Pia, Syamer, Niem (and those people who affect my life the most during my lifetime as a teenager..), I will slowly regain my courage to do it..

I can do this!

Brain 15 
Here's the deal, the place is confirmed and seat is reserved. But the 'Education is difficult and expensive'. Thus, hope I'm in the list to get the '15 Brains'... =) 

Any other suggestion? 



-gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-


3 Roads Chosen

Keepsake from Miss Spongebob


من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه, فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه 

"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hamba di sisiNya sebagaimana hamba itu meletakkaNya di dalam dirinya"


"Whoever wants to know their place/rank in Allah's sight, they need to see where is HIS position in their heart. As HE will place them like HE is placed in their heart" 


-------- Miss Spongebob posted this quote on her wall several days ago -----------




I told my students in class to upgrade their hard disk if they want more or extra capacity to hold data... But can we upgrade the heart disk to gain more space to allocate more things? How many compartments does the heart has?


-Heart Disk in binary form- 

Let's do the priority checking and eliminates the non-essential things so that the heart disk will be cleaned up. Then, execute the defragmentation button and make sure HIS allocation is the biggest!





-gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-


4 Roads Chosen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"