"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Friday, January 21, 2011

DF: Memerlukan Seni..

Friday, January 21, 2011


"Setelah Abu Talib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah s.a.w semakin berat. Lalu baginda pergi ke Taif untuk mencari perlindungan dari suku Tsaqif, dengan harapan mereka mahu menerima ajaran Islam.


Ketika sampai di sana, baginda berjumpa tokoh-tokoh suku Tsaqif. Mereka adalah tiga bersaudara; iaitu Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas'ud dan Hubaib. Baginda mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam da menjelaskan maksud kedatangan baginda. Tetapi, mereka tihak mahu menerima kedatanagn baginda bahkan memanggil suku kaum Tsaqif mengusir dan mengolok-olokkan baginda. Akhirnya, baginda berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabiah, yang pada waktu itu berada di kebun dan mengetahui apa yang dialami Rasulullah s.a.w.


Rasulullah duduk di bawah pohon kurma dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kedua-dua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong. Lalu mereka memanggil pembantunya yang dipanggil Adas, "Ambillah setangkai anggur dan letakkan dalam dulang ini, kemudian berikanlah kepada orang itu" Adas lalu melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan Rasulullah seraya berkata, "Silalah makan".


Rasulullah menerima anggur tersebut, lalu memetiknya dan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sebelum memakannya. Mendengar ucapan itu, Adas terkejut dan memandang wajah Nabi dengan kehairanan. "Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini"


Rasulullah bertanya, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apakah agamanu?" Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani dan berasal dari negeri Ninawai" Rasulullah kemudian bertanya lagi, "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang solih itu?" Adas kemudia bertanya pula, "Apakah yang anda tahu tentang Yunus bin Matta?"


Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia adalah Nabi dan saya juga seorang Nabi" Mendengar jawapan itu, Adas lalu memeluk Nabi dan mencium kepala, kedua tangan dan kaki baginda...


Kedua pemilik kebun tadi menyaksikan kejadian tersebut. Lalu seorang berkata kepada yang lainnya, "Pembantu kita sudah diracuni oleh lelaki itu" Ketika Adas kembali mengadap tuannya, kedua-duanya berkata kepada Adas, "Celakalah kamu wahai Adas, apa yang menyebabkan kamu mencium kepala, kedua tangan dan kaki lelaki itu?"


Adas berkata, "Tuanku, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberi tahu kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang Nabi" Mereka berkata, " Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai kata-katanya membuatkan kamu berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik dari agamanya!"


(petikan dari buku 'Abbas As-Siisiy; At-toriq ilal qulub) " 

Apakah nilai-nilai yang ingin Rasulullah s.a.w sampaikan/tunjukkan?
  • Bagaimana mahu memikat hati manusia lain dan membimbing secara perlahan hingga mahu mengikuti ajarannya lantas mengikrarkan keIslamannya.
  • Sekiranya Rasulullah tidak melafazkan basmallah (dengan terang), nescaya tidak akan berlaku apa-apa dialog di antara baginda dengan Adas. Inilah proklamasi aqidah Islamiah yang patut diamalkan terhadap mereka yang belum lagi muslim.
  • Ketika Rasulullah ingin menjawab persoalan yang pertama yang diajukan Adas,  baginda menjawab dengan menyebut nama Adas dan bertanyakan serba sedikit asal usulnya. Ini merupakan sebuah rangkaian dialog yang tersusun dan rapi.
  • Apabila Adas menjawab kembali pertanyaan Rasulullah, lalu baginda bertanya kembali dengan pertanyaan "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba yang solih itu?" Rasulullah ingin memperlihatkan bahawa baginda mengetahui serba sedikit tentang asal usul Adas dan menggunakan gelaran 'hamba yang solih' kepada Nabi Yunus. Hal ini membuatkan Adas makin tersentuh dan tertarik.
  • Dan ketika Adas bertanya, "Apakah yang anda tahu tentang Yunus bin Matta?" Baginda menjawab dengan ucapan yang amat lembut, "Dia adalah saudaraku. Dia adalah Nabi dan saya juga seorang Nabi" Di sini dapat dilihat sifat tawadu' Nabi dengan terlebih dahulu menyebut nama Nabi Yunus sebelum dirinya sendiri. Menunjukkan rasa hormat dan kasih baginda kepada saudaranya. Kerana pada kebiasaannya, kita, apabila mempunyai kenalan yang ada 'kelebihan' (popular), kita akan selalu mendahulukan diri sendiri. Sebagai contoh, "Dia tu dulu sekolah sama dengan saya" (bunyinya seperti sombong dan riak) Tetapi yang sebaiknya, katakan "Saya dulu sama sekolah dengannya" Ucapan ini lebih lembut dan mesra (tawadu')

p/s: Buat para dai'e, adalah satu kelebihan untuk mengetahui info serba sedikit tentang bakal mad'unya.. Get to know people first before we want them to know us... :$

4 Roads Chosen:

Anisah Shamilah MS said...

-like!!!!-

akak dah habis baca ker???
tgh baca buku tuh tapi tak habis2..huhu~

kite suke lompat2 buku..trukkan?

nak sangat berfikir macam golongan terdahulu. every little things yg mereka buat ada sebabnya..

mOmO said...

Alhamdulillah dah abis...
Akak dapat buku ni masa sek menengah dulu.. Mak kawan akak hadiahkan... :)

Baru jumpa balik setelah beberapa kurun menghilang...

Akak ada satu je buku tulisan dia.. Nisah mesti baca tulisan dia dalam bahasa arab kan? Respectlah! :D

mu'minah said...

bagusnya milah! keep on writing k?^_^

mOmO said...

Ina: InsyaAllah, kena banyak membaca nih! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"