"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Thursday, April 29, 2010

Knowledgeable and Beneficial

Thursday, April 29, 2010

'Alim An-Nafi'
Let's become one!
Coz this is one of the factors that leads to
the victory of the previous era...

E.g. Al-Kindi, Al- Biruni
Al-Khawarizmi, Ibn Sina and 
'The Walking Quran' generation... 

But...
How to become one?
An 'Alim An-Nafi' person?
In order to perform...

A 'Knowledgeable and Beneficial' ummah...




-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

0 Roads Chosen

Tuesday, April 27, 2010

Muda Mau Dewasa Mau Muda

Tuesday, April 27, 2010
Remaja sekarang tidak sabar meningkat dewasa, manakala yang dewasa tidak mahu dikatakan tua.
Itulah yang dikatakan bila muda mau menjadi dewasa, bila dewasa sentiasa pula ingin menjadi muda.

Jika mahu menjadi dewasa, dewasalah dari segi pemikiran dan tingkah laku 
Seperti Ali bin Abi Talib r.a- berpandangan melangkaui remaja seusianya...

Dan jika mahu menjadi sentiasa muda,
Maka jadilah manusia seperti As-Siddiq atau Al-Farouq - sentiasa berjiwa muda dalam mengerjakan kerja-kerja pembangunan iman dan insan...

Tetapi manusia sekarang, 

Mahu dilihat dewasa dalam trend berpakaian dan percakapan,
Tapi tidak dalam iman atau pengetahuan...

Mahu sentiasa dilihat muda dari segi penampilan,
Tapi tidak dari segi amalan dan perlaksanaan... 

Wahai remaja, tidak perlulah untuk tergesa-gesa mahu menjadi dewasa
Dewasakanlah dirimu dengan pengalaman

Duhai dewasa, dewasalah kalian sesuai dengan peningkatan pengalaman
Agar sentiasa merasa muda dalam melakukan pekerjaan...

Saya mengagumi golongan dewasa/tua yang tidak kenal erti penat berkerja dijalanNya (saya pula yang boleh dikategorikan golongan muda ini, selalu merasa lesu).

Juga mengagumi golongan muda/remaja yang tinggi ilmu pengetahuan melebihi had umurnya (saya pula yang dikategorikan lebih dewasa dari mereka, punyai sedikit sahaja ilmunya). 

** Baru lepas mengikuti program yang penuh dengan golongan dewasa berjiwa muda dan golongan muda yang berfikiran dewasa... :) Tibalah masanya untuk mula membaca bahan bacaan yang sesuai untukku yang semakin berusia...


-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

5 Roads Chosen

Monday, April 26, 2010

Berapakah nilai anda?

Monday, April 26, 2010
Sudah berapa lamakah kita menghuni bumi ini? 2 , 30, 18 tahun..?

Mungkin hampir 24 tahun bagi saya, dan mungkin lagi lama/kurang bagi mereka yang lain. Bahkan sudah terlalu uzur bumi ini dikerjakan manusia. Tetapi pernahkah kita tertanya-tanya apakah nilai diri ini di waktu keremajaan/masa muda atau usia emas yang telah dilalui atau bakal ditempuhi.

Persoalan ini telah dilontarkan oleh seorang penceramah kepada saya dalam sebuah program baru-baru ini;


"Apakah nilai keremajaan anda?"

Senyap. Sunyi.

Semua yang ada di dalam dewan berfikir...

"Tinggikah? Rendahkah? ataupun tiada nilai langsung...!?Cukupkah nilai diri ini untuk membuat bayaran mahar bagi membeli Raudhah yang dijanjikan? Mungkinkah nilai yang ada pada diri ini melayakkan diri untuk melihat wajahNYA? Mendapat syafaat Baginda? Menjadi ikhwan yang dirindui dan disebut Nabi semasa hayatnya? Lantas bersahabat dengan ashab baginda yang mulia? Ataupun hanya pada aras yang ditentukan manusia..."

Kerdil... terasa kerdil diri ini bila dilontarkan dengan soalan yang begitu. Apatah lagi bila dibandingkan dengan 'Si Kemerah-merahan kesayangan nabi; Aisyah r.a'. 

Seawal usia 18 tahun sudah kehilangan teman hidup merangkap rasul kepada umat akhir zaman... Namun semangat untuk menyambung wasilah buah hatinya tidak pernah padam.

Tidak berdepan dengan kelesuan rohani dan tidak mengenal keletihan jasad seperti mana yang selalu berlaku kepada kita umat akhiran; manusia yang selalu dirindui nabi dan digelarkan baginda dengan panggilan ikhwan... Sehingga menggamit rasa cemburu para sahabatnya dek kerana kasih baginda terhadap golongan yang bernama ikhwan.

Siapakah mereka golongan itu?

Kitalah ! 

Kamu, saya dan semua yang hidup selepas kewafatan baginda tetapi masih teguh beriman walau tidak pernah bersua.

Namun, cukupkah nilai mata yang terkumpul untuk memperoleh gelaran ikhwan yang dijanjikan? Atau nilai mata itu hanyalah ibarat debu-debu yang berterbangan? Tinggi kuantiti, tetapi tiada kualiti..


Apakah nilai keremajaan kita? Berguna? Atau sia-sia...?

Oleh itu, marilah sama-sama kita nilaikan diri sendiri bagi mengetahui kelayakan kita untuk meraih ijazah dariNya.

** I pray to You O Lord, for not to be "An Intellect Without a Soul..." Possessed a great piece of transcript, but fruitless to others.. especially for the betterment of the ummah  **


-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

0 Roads Chosen

Saturday, April 17, 2010

Syurut Bercelana dan Berbaju

Saturday, April 17, 2010
Bagaimana mahu bercelana dan berbaju? Ini syurutnya:-

1. "Hendaklah pantang membuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barangsiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati."

2. "Pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada, aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista"

3. "Pantang ia berpotongan yang ketat. Tiada boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang, binasa adat. Barangsiapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh"

4. "Pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apabila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kalau memakai elok menurut adat, kelak tidak membawa mudarat. Jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan"

5." Dilarang memandai-mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai"

Petikan nasihat Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim kepada Sultan Muhammad Syah dalam novel Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani.

**Suatu zikir yang baik untuk mereka yang berfikir...


-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

0 Roads Chosen

Friday, April 16, 2010

Ada ke macam budak...?

Friday, April 16, 2010
Ayah: Ada lagi la suara budak kat dalam tu..
Saya: Suara budak?
Ayah: Kat dalam pendrive yang kat dalam kereta tu, ada lagu budak yang menjerit..
Saya: Lagu ape?? Meh nak tengok...
Ayah: Nah... Awak buang la lagu yang budak tu, masukkan lagu Maher Zain dan Shoutul Harakah
Saya: Yang ni ke lagu budak menjerit...? (Saya klik pada lagu yang budak2 nyanyi dalam album I look I see)
Ayah: Bukan... suara budak tu tinggi... Sakit telinga ayah.. Nyaring sungguh... Tak sesuai la ngan orang yang dah berumur.. Ayah nak lagu yang semangat...
Saya: Habis tu lagu yang mana satu yang budak nyanyi..?? (setahu saya saya tak letak lagu budak2 kat dalam pendrive ayah hari tu kecuali yang ada dalam album i look i see tu la..)

------ Lepas check punya check, teringat kat satu lagu ni.... --------

Tajuk lagu dia "Who Are You?", lagu dia memang nada tinggi kat penghujung.. Tapi...bukan budak yang nyanyi...

Saya: Yang ini ke ayah? Tapi ini bukan budak yang nyanyi... Orang besar, suara dia memang halus macam tu..
Ayah: Bukan budak? Habis kenapa suara dia macam tu..
Saya: Memang macam tu.. halus... Sedap apa.. Saya suka...
Ayah: Ish.. tak pe la.. awak delete la yang tu masukkan lagu yang semangat sikit...
Saya: Lorrr... Ok...

Rupanya lagu yang dimaksudkan adalah lagu Irfan Makki.

Sikit punya sedap kawan tu nyanyi, dia kata macam suara budak-budak...

Lain telinga, lain la dengarnya...

Ye idok..? ~Huuuuuu....




"Who Are You?" - A very meaningful song to listen...



-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

3 Roads Chosen

Tuesday, April 13, 2010

Bagi yang nak mencuba...

Tuesday, April 13, 2010
Seperti yang dijanjikan pada Ummu Dzathin dan Cik Piah, ini saya kongsikan resipi Apple Bread Pudding (gambar dalam entry sebelum ni).

Ready? Get set, Go!...

Bahan2 yang diperlukan:- 
-------------------------------
- 8 keping roti yang dipotong kecil (saya potong empat segi kecil, ikut suka/senang anda la nak buat mcm mana) 
- ¼ cwn kismis (ni rasa kalau tak letak pon tak pe, tak jejaskan rasa pon) 
- 2 cwn epal yang telah dihiris halus (saya letak dalam 4biji epal yang sederhana kecil, biasanya org guna epal hijau tapi letak epal merah pon boleh gak, kalau letak epal hijau dia akan rasa masam2 sikit la.. So, sape suka manis, pakai la epal merah. Sebab dalam ni dia guna brown sugar-jadi kurang la manisnya) 
- 1 cwn gula perang (brown sugar- kalau nak guna white sugar boleh, tapi kena kurangkan sukatan la kot..takut nanti jadi manis sgt) 
- 1 ¾ cwn susu (kalau tak de susu segar, boleh jg guna susu evaporated dalam tin tu..beli satu tin pon cukup. Sebab 1tin lebih krg = = 2cwn) 
- ¼ cwn marjerin
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- ½ sudu kecil perasa vanilla
- 2 biji telur yg dipukul 



Bahan2 utk gravy dia:- (yang ni optional, kalau tak letak pon tak pe. Saya tak buat pon… Heheehe.. Tapi kalau buat lagi menarik kot, tak pon ganti ngan whipped cream je... :p Dan satu lagi, kalau nak guna gravy ni, elok pakai epal hijau utk seimbangkan rasa dia )
-------------------------------------
- ¼ cwn gula putih
- ¼ cwn gula perang
- ½ cwn marjerin
- 1 sudu kecil perasa vanilla 





Cara-cara:-
-------------------------------------------
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah Celsius.

2. Ambil mangkuk besar, campurkan roti, kismis dan epal. Gaulkan.

3. Dalam periuk kecil, campurkan gula perang, susu dan marjerin dan masak atas api sederhana besar sampai la marjerin tu cair. Lepas tu, tuangkan dalam mangkuk yang dah dicampur roti+kismis+epal tadi. Gaulkan.

4. Bila dah rata, masukkan dalam dulang pembakar.

5. Dalam mangkuk kecil, pukul telur dan masukkan serbuk kayu manis+esen vanilla. Tuangkan atas campuran yang telah anda letak dalam dulang pembakar tadi..

6. Bakar dalam oven selama 45-50 min. Letakkan dulang pembakar dalam satu lagi dulang besar yang berisi air panas (kira-kira separuh dari dulang yang berisi puding tadi) untuk mengelakkan bahagian bawah puding hangus/ berkerak (Nama istilah ni double boiler/ boiling). Tekan pudding tu untuk pastikan dalam dia masak. Kalau bila ditekan dia rasa kenyal (dia bounce balik naik atas..) Bermakna pudding sudah sedia untuk dimakan!

7. Sementara tunggu pudding masak, boleh la campurkan semua bahan utk gravy tadi (except vanilla) dalam periuk kecil dan masakkan atas api sederhana. Masukan vanilla lepas mendidih. Hidangkan bersama pudding.

Selamat mencuba kepada Cik Piah dan Ummu Dzathin... :) 

Ek lupa, kepada Anisah juga... hehehe (kat Mesir khabonya byk buah epal, apa tunggu lagi...? boleh la gi beli sekarang... ~Ngeee...)

* credits to allrecipe.com



-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

0 Roads Chosen

Monday, April 12, 2010

Pudding

Monday, April 12, 2010
Di sebabkan menonton Puan Anna Olson kat dalam rancangan AFC, mulut ni terasa nak makan puding la pula.. Teringat kat Apple Bread Pudding masa kat UIA dulu...

Slruuuppp!! Yumm..yumm..

Cek punya cek bahan kat dapur, semuanya mencukupi... Tapi yang ada epal merah je, epal hijau tak de...

Tak pe la, janji epal kan..? ;)

Dan tadaaaa....

Inilah hasilnya...




Adik yang bongsu tak mau makan, alasannya, "Sebab kakak letak kismis kat dalam puding..."

"Lorr... bukan awak makan kismis ke? "

"Kismis saje makan la, kismis dalam masakan tak suka..."

Hmmmmm....



-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

2 Roads Chosen

Saturday, April 10, 2010

Besar Bila di dalam, Kecik Bila Sudah di luar..

Saturday, April 10, 2010
"Besar bila di dalam, kecik bila sudah di luar...
Cuba teka apakah saya?"


"Saya ialah masalah a.k.a ujian a.k.a mehnah a.k.a test dan macam2 lagi nickname yang orang beri ;)"

Shhhhh!!! jangan bising...

Memang kita akan rasa masalah tu besar, berat dan mustahil untuk selesai; apabila kita berada dalam masalah tu...

Tapi bila sudah selesai dan kita pun maju ke depan, cuba toleh ke belakang, kita mesti cakap "Hmm, tak la besar mana pon masalah tu..."

Ibarat duduk dalam kotak, bila kita duduk kat dalam, mesti rasa susah dan berat nak angkatkan...?

Cuba keluar dari kotak, pastu angkat, pasti ringan bangat...!  ;)

Dan satu kotak telah saya kosongkan, bermakna, satu ujian telah saya lepasi...

Dan Alhamdulillah, saya lulus dengan dengan izin-Nya... :)

Kini saya sudah mempunyai lesen..!

Yeay! (Gembira sebab tak perlu lagi menyimpan rama-rama kat dalam perut nih... ;p)
-----------------------------------------------------------
p/s: Bagi sms kat ayah, nak bagitau yang saya dah lulus..
Ayah pon balas;-

"Congrat la. Lepaih tu bole bli kereta sorong utk lesen P == Peghak... Kah... kah..kah.."






Apa-apa aje la ayah... 


Banyak dah kereta yang saya dah sorong...tak heran pon... ;p



 
P = = Peghak... Apekah..???






-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

4 Roads Chosen

Wednesday, April 7, 2010

Dear My Princess...

Wednesday, April 7, 2010
Ini adalah nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat, mari renungkan bersama....


~Duhai Puteriku...~



Kepada Puteriku .....

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas
 muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah! "




-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

0 Roads Chosen

Best Ke?

Selalunya ini la pertanyaan orang pada kita kalau kita baru balik dari makan angin luar Malaysia;

Dan saya telah ke Bandung baru-baru ni....



"Seronok ke? Apa yang best kat Bandung?"


Maka ini adalah merupakan jawapan saya:-

" Hmmm... Bandung adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk kita buat self-checking (muhasabah diri) terutama bagi mereka yang merasa diri mereka yang paling susah ditimpa musibah, atau mereka yang selalu merasakan nikmat yang dikurniakan padanya tidak pernah cukup dan pada mereka yang susah untuk merasa/melafazkan syukur dengan nikmat yang dianugerahkan kepadanya.... Walaupun tanpa menggunakan madah bicara, Bandung merupakan guru yang dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka yang mahu melihat, merenung dan berfikir..."

"O Lord! I felt so blessed to be who I am... Syukran...."

Memang benar akan kata-kata dalam lagu di bawah ini:-






" Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha Esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia "





(Hikmah Kembara by Mirwana)



Inilah hikmah yang diperolehi semasa kembara ke Bandung tempohari... :D

Cerita-cerita yang menarik akan dikongsikan nanti. Kena sort out gambar2 dulu.

p/s: Ini cuma jawapan yang ringkas bagi kawan2 yang bertanya ;)





-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

6 Roads Chosen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"