Mungkin hampir 24 tahun bagi saya, dan mungkin lagi lama/kurang bagi mereka yang lain. Bahkan sudah terlalu uzur bumi ini dikerjakan manusia. Tetapi pernahkah kita tertanya-tanya apakah nilai diri ini di waktu keremajaan/masa muda atau usia emas yang telah dilalui atau bakal ditempuhi.
Persoalan ini telah dilontarkan oleh seorang penceramah kepada saya dalam sebuah program baru-baru ini;
"Apakah nilai keremajaan anda?"
Senyap. Sunyi.
Semua yang ada di dalam dewan berfikir...
"Tinggikah? Rendahkah? ataupun tiada nilai langsung...!?Cukupkah nilai diri ini untuk membuat bayaran mahar bagi membeli Raudhah yang dijanjikan? Mungkinkah nilai yang ada pada diri ini melayakkan diri untuk melihat wajahNYA? Mendapat syafaat Baginda? Menjadi ikhwan yang dirindui dan disebut Nabi semasa hayatnya? Lantas bersahabat dengan ashab baginda yang mulia? Ataupun hanya pada aras yang ditentukan manusia..."
Kerdil... terasa kerdil diri ini bila dilontarkan dengan soalan yang begitu. Apatah lagi bila dibandingkan dengan 'Si Kemerah-merahan kesayangan nabi; Aisyah r.a'.
Seawal usia 18 tahun sudah kehilangan teman hidup merangkap rasul kepada umat akhir zaman... Namun semangat untuk menyambung wasilah buah hatinya tidak pernah padam.
Tidak berdepan dengan kelesuan rohani dan tidak mengenal keletihan jasad seperti mana yang selalu berlaku kepada kita umat akhiran; manusia yang selalu dirindui nabi dan digelarkan baginda dengan panggilan ikhwan... Sehingga menggamit rasa cemburu para sahabatnya dek kerana kasih baginda terhadap golongan yang bernama ikhwan.
Siapakah mereka golongan itu?
Kitalah !
Kamu, saya dan semua yang hidup selepas kewafatan baginda tetapi masih teguh beriman walau tidak pernah bersua.
Namun, cukupkah nilai mata yang terkumpul untuk memperoleh gelaran ikhwan yang dijanjikan? Atau nilai mata itu hanyalah ibarat debu-debu yang berterbangan? Tinggi kuantiti, tetapi tiada kualiti..
Oleh itu, marilah sama-sama kita nilaikan diri sendiri bagi mengetahui kelayakan kita untuk meraih ijazah dariNya.
** I pray to You O Lord, for not to be "An Intellect Without a Soul..." Possessed a great piece of transcript, but fruitless to others.. especially for the betterment of the ummah **
-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-
0 Roads Chosen:
Post a Comment