"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Tuesday, April 27, 2010

Muda Mau Dewasa Mau Muda

Tuesday, April 27, 2010
Remaja sekarang tidak sabar meningkat dewasa, manakala yang dewasa tidak mahu dikatakan tua.
Itulah yang dikatakan bila muda mau menjadi dewasa, bila dewasa sentiasa pula ingin menjadi muda.

Jika mahu menjadi dewasa, dewasalah dari segi pemikiran dan tingkah laku 
Seperti Ali bin Abi Talib r.a- berpandangan melangkaui remaja seusianya...

Dan jika mahu menjadi sentiasa muda,
Maka jadilah manusia seperti As-Siddiq atau Al-Farouq - sentiasa berjiwa muda dalam mengerjakan kerja-kerja pembangunan iman dan insan...

Tetapi manusia sekarang, 

Mahu dilihat dewasa dalam trend berpakaian dan percakapan,
Tapi tidak dalam iman atau pengetahuan...

Mahu sentiasa dilihat muda dari segi penampilan,
Tapi tidak dari segi amalan dan perlaksanaan... 

Wahai remaja, tidak perlulah untuk tergesa-gesa mahu menjadi dewasa
Dewasakanlah dirimu dengan pengalaman

Duhai dewasa, dewasalah kalian sesuai dengan peningkatan pengalaman
Agar sentiasa merasa muda dalam melakukan pekerjaan...

Saya mengagumi golongan dewasa/tua yang tidak kenal erti penat berkerja dijalanNya (saya pula yang boleh dikategorikan golongan muda ini, selalu merasa lesu).

Juga mengagumi golongan muda/remaja yang tinggi ilmu pengetahuan melebihi had umurnya (saya pula yang dikategorikan lebih dewasa dari mereka, punyai sedikit sahaja ilmunya). 

** Baru lepas mengikuti program yang penuh dengan golongan dewasa berjiwa muda dan golongan muda yang berfikiran dewasa... :) Tibalah masanya untuk mula membaca bahan bacaan yang sesuai untukku yang semakin berusia...


-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-

5 Roads Chosen:

Anisah Shamilah MS said...

nak jadi kanak2 pulak rase..
huhu~

tapi tahu, kematangan dan kedewasaan yg dituntut dr diri..

:)

mOmO said...

sama la org di sini.. kalau boleh, selamanya mahu menjadi kanak2...

tapi kita ni bukan macam dalam cerita 'the curious case of benjamin'...

lahir2 tua, dan makin membesar makin muda... ;p

jom nisah! kita dewasakan diri utk kepentingan ummah... :)

Anisah Shamilah MS said...

huhu~

jom akak!!!!
:D

unie said...

Allahuakbar! Hmm.. kalu yg dh umor 30-an ni nak remain jadi budak kecik ngalahkan anak3 dia cane eh? zaasss.. pening kepala i hehee :) Mari kita semua pertingkatkan amal dan iman. Semoga sejahtera dunia akhirat IA.

mOmO said...

@unie: boleh je nak still jadi budak2..

tapi kat depan mr. H je la kot..

;P

depan anak2 macam tak sesuai la pulak..
anak2 mesti lihat umi dia sebagai qudwah diorang bila besar kelak...

~ penuaan itu satu hadiah dan peringatan bahawa manusia itu mmg memerlukan Dia sebagai sandaran~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"