Well, this incident does not exactly happened in the month of Ramadhan...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semalam berjaya lagi untuk berpuasa. ;-) Walaupun terdapat banyak godaan di depan mata..
[baca: durian, pengat durian, nasi kenduri, ayam berempah, etc..etc..]
Jadi akal pun membuat kira2 apakah juadah yang ingin dicuba dahulu ketika hendak berbuka... [haha, tak senonoh betul... makruh!]
Setibanya waktu berbuka, keputusan akhir yang dicapai adalah memanaskan nasi goreng lebihan sarapan ayah ibu pagi tadi.
Menu tambahan, telur dadar dan tempura ayam berserta air teh panas berasap...
Beberapa minit sebelum tibanya masuk waktu Maghrib, saya mengambil peluang untuk berdoa, kerana doa orang yang berpuasa itu sangat mustajab sehingga dia berbuka.
Maka saya pun menadah tangan...sambil memejamkan mata.
Sebelum mata saya sempat merapatkan pejamannya, saya nampak kelibat Aimi menuju ke dapur.
Dalam hati, "Apalagi la si kecik ni nak..."
Terus saya pejamkan mata rapat-rapat dengan harapan dia tidak akan mengganggu saya dengan meminta itu dan ini...
Sedang saya hendak memulakan doa, kedengaran bunyi pintu tandas diketuk dengan kuat sekali...
[bagi sesiapa yang pernah datang rumah ni, mereka tau yang pintu tandas dan dapur terletak sebelah-menyebelah]
"dung! dung! dung! dung! Ummi, bukalah pintu ni..."
"Nape?"
"dung! dung! dung! dung! Ummi, bukalah pintu ni. Nape ngan Ba Dak tu..?"
Hanya perkataan 'Allahumma' yang berjaya dilafazkan berkali-kali..
Saya mengambil keputusan untuk membaca doa berbuka puasa sahaja dan terus menjamu selera...
11 Roads Chosen:
hahaa.. habis mengalir air mata dok gelak kat opis ni! hmm.. no wonder la sampai nak roboh pintu aimi dok ketuk kehkehh :P
yong sebenarnya x buleh nak pick-up butir aduan, cuma dgr 'ba dak' je. so, i pun x layan la sbb byk tudung nak kena gonyoh huhuu..
aimi.. aimi.. anak dara yg sgt prihatin!
ummi sayang mimi lah :D
Mo,Ba Dak tu ape? (o_0)
Kalo nk tau, Ba Dak tu Mak Andak...
Dan Mak andak tu saya!
Huish sabo je la ngan si kecik pelat ni... tp skrg pelat dia dh berkurng la... ;p
yong: tu la, geram juga sebenarnya...tau je la kan suara dia tu berapa desibel...
Memang melayang habis apa yang tersimpan kat dalam memori ni kejap...
lepas2 tu, tanya la dia balik masa ayah dok wat HQ kat depan, "sapa nanges tadi kat dapur, Mimi?"
"Ba Dak laa..."
ceh...!
slamat pose akak!!
huhu~
concernnya mimi kat Ba Dak!
hehe~
aritu borak ngan mimi,
de asyik ulang.
"tuhla, tapi takde pon."
lalu nisah terpinga2.... -.-"
both aina n mimi mmg mata tajam n byk p'soalan ek?
hahahahaha...
kalau dia cakap mcm tu, semua manusia pun akan terpinga2 Nisah....
tak de hujung tak de pangkal...
aina n mimi sama?
hmmmmmm...
mimi ni lebih kpd nakal @ mischievous
aina pula ratu airmata...
hohohoho
aina ni diva dan banyak auta
aimi? huh.. anak dara ni dr dalam alam rahim sampai la umur dia 3 tahun next 7/13 ni penuh dgn aksi yg mendebarkan. tau2 je la kan..
dina? anak yg baik, cerdik, bijak dan solehah tapi agak grumpy. agak mencabar juga nak fahami kemahuan dan kehendak dia.
tariq, ohhh.. he's an apple of my eyes for now. tunggu la dia besar sket, sudah pasti akan tergolong dlm gang of 4! hahaa
alaaa.. all of them have grown so fast! boleh x stop dulu? x puas la nak cuddle ;D
mo,sy dok igt aimi nk tnye psl badak=hippo kt umi die, kotla tgk kartun ade badak..keh3..
rupe2nye awklah si Ba dak tu ye..*gelang guling2*
Nono, gelak la sambil berguling2 selagi mampu... ;p
Memang sayalah orgnya, takde cerita mahupun kartun yang terlibat dalam insiden ini...hahahhaaa...
Dulu dia sebut betul, ntah nape tiba2 dia boleh bertukar pulak...Tapi tempoh sebutan betul tu tak la bertahan lama mana pon...
Dah brape kali saya bagi tau dia..
"Aimi, panggil la mak andak betul2, macam mana la mak andak tak makin sihat, panggilan tu doa tau!"
Ngeeeee... :D
*mimi sengih je, bukan nye paham ape benda pun*
hahaha..*gelak guling2 bersama zif*
Ba Dak ye? aimi2...comel je..huhu
aimi yg sgt comel + innocent ^_~
Post a Comment