"The want of plenty distracted you "
[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]
So, which road should I choose now?
[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]
Monday, January 24, 2011
Rupa seperti cakoi; Cara seperti Éclair
Road by mOmO at 1:39 PM Monday, January 24, 2011Alhamdulillah 3x, kali kedua mencuba akhirnya berjaya..
Sebelum ni adunan dia agak keras.. End up, jadi roti pintal.. (hahaha.. sebab dah tak larat nak tekan doh tu jadi bentuk bintang...)
Tapi masih juga rasa lenguh-lenguh tangan ni dek kerana menekan 'cookie presser' yang manual itu...
Kalau pakai letrik mungkin tidak mengalami lebam-lebam otot seperti ini... :P
Sampai sekarang masih lagi terasa ngilu tangan ni, nak pusing stereng pun sakit.. tangkap sampai bahu tu...
Mahu taknya, kena guna tenaga dalaman untuk mendapatkan hasil yang cantik..
Mula-mula, saya pintal je adunan tu, tapi bila rasa doh tu lebih lembut dari sebelum ini. Maka saya pun berazam untuk mencuba sekali lagi menggunakan cookie presser.
Kali ini dengan bantuan cik perut... (boleh bayang tak macam mana tekan guna perut??)
Erkkk....!!Tak perlulah nak bayangkan... :f
Jadi apa bendanya yang rupa seperti cakoi tapi cara buatnya seperti Éclair??!
Namanya Churros! (sekali lagi mencuba resepi kat blog Kak Irma ;) )
Di bawah ini adalah rupa hasilnya (setelah mencuba kali kedua, yang pertama tak sempat ambil gambar sebab licin dimakan raksaksa-raksaksa kecil [dan besar..] :i )
Hasil menekan dengan perut.
Tiga yang pintal tu yang paling awal dibuat (sebelum menyedari doh itu lembut berbanding dulu...)
Versi 1: Dipped with chocolate...
Versi 2: Plain
Versi 3: Dusted with confectionary sugar+cinnamon
(I like this one better..)
Versi 4: ?????
Bersama model yang 'request' gambarnya diambil bersama hasil senaman perut... :D
Yang ini pula adalah adunan yang dililit pada mulanya..
Rasanya tetap sama, tak ada yang special pun :P
Mudah aja nak buat, bahan dia pun tak susah nak dapat.
Selalunya bahan-bahan itu ada kat rumah.
p/s: Sebelum ni doh keras sebab guna telur gred C, jadi dia tak cukup 'liquid' nak melembutkan adunan. Kali kedua guna size A/B, baru ok....
.::Road Tags::. yummy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 Roads Chosen:
uishh... terernye buat!
sinz: haha.. paie,rindu kat paie... paie kat mana skrg?
hebat2..hehe..model pun hebat jugak!hahah..model tu tolong jugak ke?hehe
i love the last pix taken! hmm cane la kalu cucu4 ayah tgk nnt eh? konpius :P
btw, pakai cam mana? cantik je pix.
atie: model tu pun tolong juga atie... tolong komen dan tolong makan.. hahaha
siap bagi idea buka gerai jual depan rumah... ;p
unie: cam slr u tu la... buat2 tak tau pula.. ;p
cantiknya rupa. akak punya tak ada rupa churros pun, hihihi. guna apa?
tak de rupe churros? jadi rupa apa kak aini? hehe... =D
guna cookie presser.. yang macam pistol tu.. untuk icing dan cookies..
kalau ada kain piping untuk icing tu pun boleh juga.. mungkin lagi senang kot.. ;)
Post a Comment