"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Wednesday, January 12, 2011

Selamat ulang tahun

Wednesday, January 12, 2011
Semalam saya bertekad untuk membuat kek. Nak mencuba resepi oreo cheesecake yang kak Irma dok tayang kat blog dia tu.. Jeles saya menengoknya... Tapi niat selalu je terbantut, sebab bahan2 masakan yang dibeli untuk dibuat kek telah lesap dimakan sebelum ia bertukar menjadi kek..! Tambahan masa yang tak mengizinkan..

Jadi semalam, balik dari kerja terus pergi cari bahan2 yang diperlukan (yela, orang dah boleh memandu sendiri, senang la kerja kan3... =p Tapi ada juga bahan yang tertinggal. Malam tu minta tolong birthday girl bawa saya gi kedai. Siapa suruh dia malas nak alihkan kereta dia, kan ayah dah amik kereta merah+oren tu gi berjalan. Saya tak reti bawa kereta biru yang songsang kedudukan sterengnya itu; dan juga kereta birthday girl yang tinggi pinggulnya ;p), revise balik resepi kat blog kak Irma (cewah, revise tu! memang kena buat, percayalah. Sebab sudah berpengalam tersilap masuk bahan and sukatan sebab kononnnya ingat sgt la resepi yang nak dibuat. Mari kita ambil pengajaran) dan mulakan operasi sekitar jam 12.00am.

Lama betul nak buat kek ni. Tak susah, cuma dia manja sikit. Kena 'water bath'kan dia. Kalau tak dia akan 'crack' dan nampak tak cantik. So, kena layan dia dengan lemah lembut sikit. Bakar pulak ambil masa dalam 45-50min. Lepas tu kena biarkan dia 2-3jam dalam oven yang masih panas supaya dia tak terkena kejutan budaya (bak kata kak Irma la, 45min duduk dalam oven panas tiba2 pindah keluar duduk dekat North Pole). Tapi sebenarnya, kak Irma kata untuk membantu kek tu masak sepenuhnya... ;)

Dalam pukul 3.15am siap la kek tu dibakar. Saya 'switch off ' oven, keluar kan bekas mandian dia (water bath) dan aluminium foil yang dililit pada loyang, dan biarkan dia bertapa dalam oven tu 2-3jam lagi...
Saya naik atas, terus terjun atas katil.. ~Yaaawwwnnn~ Mengantuk!

Pukul 5.45am saya bangun terus ziarah dapur dulu.. Dengan senyuman lebar dipagi hari, saya lihat kek yang gebu itu dalam keadaan baik. Tak ada merekah2 langsung. Thumbs up! untuk kak Irma kerana menunjuk ajar cara2 membuat kek ini dengan terperinci. =)

Tapikan kak Irma, saya ada la mengelat sikit =p (hehehe, bak kata kak Irma, saya anak murid derhaka la ni. Tak ikut cakap cikgu!) Tapi alhamdulillah, tak de la apa-apa yang berubah pada rupa paras kek tu. Cuma kalau tgk gmbar yang akak pos tu lagi macam sedap la sebab siap garnishing kan... *wink2* Saya yang kurang rajin ini (tambah tiada bahan yang cukup) hanya letak coklat parut je. Coklat parut ni saya letak sejurus selepas bangun dari tidur pagi tadi. Sebelum sejukkan kek dalam peti.

Sebenarnya saya tak tau hasilnya macam mana, kalau berdasarkan rupa semata boleh la dapat A++ kot (Hahah, masuk bakul sendiri). Tapi kalau bab rasa dia, saya tak pasti. Sebab kek tu masih elok duduk kat dalam peti tu tak diusik lagi. Nak tunggu birthday girl balik petang ni baru boleh makan. =p


Pukul 5.45am, keluar dari oven terus parut coklat kak atas kek 
(lupa nak amik gambar sebelum dihias; nak tunjuk bukti kat kak Irma yang kita punya kek tak merekah. Thanks again kak Irma!)

Saya ni bukan la pemakan cheese. Cheese ni dah lama beli kononnya nak buat untuk birthday Janggout, sebab Yong kata dia suka cheese cake. Tapi saya tak larat masa tiba birthday dia 
(tahun lepas)

Jadi untuk menyelamatkan cheese itu daripada rosak (expired), maka saya pun buat la untuk birthday girl ni.. Hohoho...

Sebenarnya teringin nak buat resepi blueberry cheese cake, sebab boleh exercise tangan... 
(Sebab kak Irma kata nak buat resepi tu kena baling buah blueberry tu sekuat hari supaya tenggelam.. Haahaaaha... Main-main aje, mahal tu nak beli blueberry! Kalau ganti buah keriang aci tak eh kak Irma? ;p)

Birthday girl potong kek... 
(yang ke berapa pon saya tak tau, sebab kat opis dia pon orang belanja juga; Buktinya? tulisan 'happy birthday' tu saya kidnap dari lebihan kek yang dia dapat daripada office mate ;p)



Nampak birtday girl punya tangan je. Sebab semua pun malas nak pakai tudung untuk bergambar tengah-tengah malam kan... Huhu~

Gambar nanti saya poskan, mana ntah kamera tadi... 
Mesti birthday girl tu bawa gi pejabat... Nak ber'posing'2 dengan staf la tu. Huh!
Itulah dia gambar-gambar cheese cake yang pertama kali saya buat ... ;p
Tapi rasanya still tak boleh lawan dengan kak Irma punya kot! ;)

Apa-apa pun, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE - ..... BIRTHDAY GIRL MAMA of four kids!


p/s: Lepas ni nak cuba yang lain pulak. Terutamanya nak ada strawberry yang bersusun tu. Tapi... kat sini buah tu mahal la kak Irma... ='(




15 Roads Chosen:

Ummu Auni said...

birthday girl tu yong ke? ye ker? alamak akak tak wish yong lagi :P

Ummu Auni said...

sat birthday yong bila?

atie said...

heheeh..hebat ye mimi!

mOmO said...

Kak aini: hari ni la akak.. tu yang bertungkus lumus semalam tu.. haha

atie: hebat?? hehehehe ~ntah apa la rasa kek tu.. tak makan lagi..

unie said...

ummu auni : masuk tahun baru, umur pun baru :) semangat pun baru *wink*. lahir hujung tahun best! rasa muda sokmo huhuu..

momo : congratulations on your first attempt of baking such a nice yet fluffy cheese cake! sangat sodap *2 thumbs up* but i kena makan a piece at a time la since bdn pun dh mcm keju hehee.. kalau tau kena teman awak pi beli barang buat kek yg awak nak bakar utk yong harusssss yong xmo pi ekekee :P

mOmO said...

eleh.. tak mo teman tak pe..
i bawa je la keta yang pinggul tinggi tu..
tapi kalau balik pinngul dia tingal separuh jangan marah la ye.. ;p

Nadzifa Azam said...

momo...mau juge2...nnt besday i yg ke-... i nk yg blueberry tau..hohohoho..

k.yong:selamat hr tue..hihihi..krm slm kt tariq ye..ngee~

mOmO said...

Hohoho..
Boleh.. tak de masalah ;)

Tapi nono, awk makan ke cheese cake?
Takut awk punye tekak kembang je macam kes piza masa dulu..

hehe..

Nadzifa Azam said...

eh,sy mkn la cheese cake..jap3,kes piza yg mn tu?klau ade pn mesti piza tu xsedap..ngeh3..

mu'minah said...

milah memang hebat!! *sambil curiga* betul ke first attempt ni;D chop!! nanti sebelum kawin ana nak datang berguru!

mOmO said...

Alhamdulillah...
Allah izin jadi.. tak de hebat mana la Ina... tak perlu curiga-curiga.. Tak baik untuk kesihatan.. ;p

Sebelum kawin? wah!!! Boleh3x (pssssttt...dah jumpa ke A***i idaman kalbu ek?)

mOmO said...

Nono: Makan ek? (ececececeeh.. sebab nak suruh saya wat kan? sebab tu awk ngaku walaupun tak.. hahahaha) Orait! Nanti tggu depan pos box umah saya pos masa birthday awk k!

Ala...piza yang makan masa kat bilik saya tu.. Yang kita order double cheese topping..
At last, kita tolak kat Andi suruh dia abiskan.. Hohohoho..

Nadzifa Azam said...

oo..yg tu..ish,piza tu cheese die mmg rase pelik la..kembang tekak dibuatnye..huhu

Anisah Shamilah MS said...

akak, ajar!!!!
tapi mode tak rajin baking la skang..~
susah sini x byk barang.. + tak boleh pow mak abah..huhu~

mOmO said...

Huhuhu.. Nak ajar boleh...

Tunggu balik M'sia la kalau nak pow mak+abah..

Tapi keju nisah beli kat sana la bawa balik...Kat sana bukan murah kan? Sebab keju salah satu makanan kegemaran diorang... Tak gitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"