"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Saturday, May 1, 2010

Kembara: Bandung 1

Saturday, May 1, 2010
Dah lama janji nak cerita pasal pi jalan kat Bandung...
Subuh Pagi
Flight ke Bandung dijadualkan pada pukul 9.00am. Jadi, kami harus bertolak lepas Subuh sebab takut terlepas flight. Ye la kan, KL ni bukan boleh dibuat main.. Kalau dia nak buat jam tu, alamatnya tak sempat la nak naik kapal terbang...
Maka bertolaklah kami ke LCCT awal-awal pagi selepas subuh.
Sampai di LCCT, kami makan sarapan yang Yob beli.
Nasi lemak+kuih puding jagung+Mee hoon.


Boarding Terminal
Di sebabkan perjalanan yang lancar, maka kami tiba agak awal. Jadi, kenalah tunggu sekejap kat terminal pelepasan. Di situ boleh nampak dengan jelas kapal terbang-kapal terbang yang bersedia untuk berlepas.
Bunyi kipas dia...wuisshhh.. sakit telinga..
Anak-anak buah pula nampak macam excited...
Kecuali seorang...
Dina!


Saya nak naik kereta!!
"Mak Andak, saya tak mau naik kapal tu... saya nak naik kereta!"
"Mana ada kereta nak pergi sana (Bandung)..."
"Ada la.. kereta Abah!"
"Tak boleh, kita tak boleh naik kereta kalau nak pi Bandung"
"Kenapa pulak, selalu jalan-jalan Abah bawa kereta.."
"(Hmmmm.. cane nak bg budak kecil ni faham ek?) Sebab kereta tak boleh jalan dalam/atas air.."
"Kenapa pulak??"
"(Aiyooo..) Sebab kereta boleh jalan atas jalan raya je.. Sebab tu la kita kena naik kapal terbang.."
"Tak nakkkk! Saya nak naik kereta... uhukk..uhukk (muka dah jebik2 tanda nak menangis)"
"Alamak.. sudah... budak ni buat karut pulak dah... "


Naik kapal
"Saya tak mau...!! saya tak mau..!! Dina tak nak naik kapal terbang... Wwaaaaaa...!!"
(Sambil didukung Yob a.k.a abah dia )
"Kenapa tak mau naik? Best apa? Dina kan haritu kata nak tengok kapal terbang?"
"Saya takut...(mungkin sebab dia dengar bunyi kipas yang sangat kuat itu kot..)"
"Tak payah takut, abah kan ada.."
"Saya tak mau duduk atas bumbung..!"
(Aikk?? Bumbung?? Siapa la pulak bagitau dia naik kapal duduk atas bumbung. Sambil menahan perut nak tergelak)
Abahnya pun dengan sabar memujuk " Tak duduk atas bumbung.. kita duduk kat dalam ok? Dina duduk dengan abah.."
"Iskk..iskkk..issskkk.. saya tak mau.. saya takut.." Masih lagi ada sisa-sisa kesedihan+ketakutan..
Sepanjang nak naik kapal tu, memangla si Dina tu melekat (didukung) oleh abah dia..
Aduhai.. 
Si kecil Aimi + Kak Yong still riang ria dan excited nak naik kapal..
~~Laallalaaaaalla...

Flight Attendant yang tak cukup umur...
Dalam kapal terbang, Dina dah senyap.
Agaknya teruja melihat pemandangan di luar kapal kot..
Tapi ada pulak yang take over tugas nangis-menangis ni..
Si kecik Aimi tu tak mau duduk diam. Asyik berjalan kesana kesini.. Mengalahkan flight attendant yang ada kat dalam tu. 
Aduhai, banyak kali pulak tu dia jatuh.. dah benjol kepala...
Jatuh je, nangis.. Jatuh je, nangis...
Memang kira famous kejap la rombongan Yob and family waktu tu..
Apa tidak nya, suara Aimi lagi kuat dari pengumuman kat dalam kapal tu!
Wahahahahaha..

Haru..haru..
Tahan je la walaupun muka dah merah sebab malu...
Huhuhuuhuhu...


On the way to Bandung
So, perjalanan ke Bandung diteruskan seperti biasa. Walaupun dengan kehadiran seorang flight attendant yang tak cukup umur tu... :p
Masa perjalanan pergi tu dirasakan agak lama la juga.
Walhal hanya beberapa jam sahaja..
Mungkin sebab dok kalut supervise si flight attendant yang dukup umur itu kot..
Nasib baik la Mak Andak awak ni tak migrain and termuntah kat dalam plane..


Breakfast.. Milo RM3.00??? Apakah?


- Dina senyum+menutup muka; waktu sedang gembira lagi tu... 
- Stewardess kecil sedang minum susu...
Bersambung...


-Gonna take more than a fist to enlighten an ignorant man-
@>->---------

4 Roads Chosen:

Anisah Shamilah MS said...

:D

salam..
nk gi bandung jugak!!

tpi saya takut nak duduk atas bumbung..
hehehe~

mOmO said...

Dina: Macik Nisah jgn takut ye.. saya ada.. saya dah pernah naik kapal terbang..ianya menyeronokkan!

Jom macik Nisah! bawa saya pergi mesir pulak! ;)

unie said...

bunyi mcm Dora the explorer la pulak :P

mOmO said...

Dina and Dora...

Orait la tu... bunyi pon dah nak dekat sama...

Orang lain yg tak tau mesti igt kembar...

:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"