"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Sunday, February 17, 2013

Satay Ikan

Sunday, February 17, 2013


"Kak Yong, bila nak belanja Mak Andak?"
"Kenapa?" tanya Kak Yong
"Semalam awak belanja Pak Su... Bila pula nak belanja Mak Andak? Mak Andak nak satay ikan. Ada tak jual kat sekolah Kak Yong?"
"Ada-ada!" balas Kak Yong [dan Kak Di sekali...pasang telinga rupanya budak sorang ni]
"Mak Andak nak berapa?"
"Satu dia jual berapa sen?"
"Kalau seringgit dapat lima" jawapan standard kalau tanya bab2 harga pada mereka. Mesti jawab secara pukal.
"Ooooo... 20sen la satu"
"Ha, kalau bagi RM2 dapat sepuluh" jawab Kak Di.
*Sigh* [dalam hati]
"Mak Andak nak berapa? Sepuluh?"
"Ish, tak payah la, mahal. Dulu Mak Andak beli 10sen je. Seringgit dah dapat sepuluh cucuk" [entah berapa tahun yang lepas punya kejadian daaa... Tahun 90an kot!??]
"Tak apa la, esok sekolah kejap je. Saya tak payah la makan..." [sebab besok tu hari Jumaat]
"Eh janganla. Nanti ummi awak marah pulak..."
"Tak apa...."
"Tak mau. Mak Andak tak mau la satay tu... Saja ja Mak Andak tanya.."
"Alaaa Mak Andak ni. Aina ok je la"
*Hmmmm...apa pasal semangat sangat budak ni...?? *

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mak Andak, Ooooo Mak Andak?? Mana Mak Andak?" kedengaran suara Kak Yong dan Kak Di di bawah.. Dalam hati, mesti baru balik sekolah ni.
Selang beberapa minit, kedengaran tapak kaki menaiki tangga.
*Sudah, mesti kejap lagi masuk bilik kita la tu...*
Tapi disebabkan tombol pintu bilik ni agak ketat/keras. Depa ingat pintu bilik berkunci..
Misi tergendala.
Mereka turun semula...

Saya keluar ke tandas.
Dengar suara Kak Yong dan Kak Di bising di bawah.
"Hei, ini Mak Andak punya la... Pak Lang mana boleh makan.... bla..blaa... ... ..." bergaduh mempertahankan sesuatu daripada Pak Lang mereka.

Tiba-tiba, tapak kaki mereka kedengaran lagi menaiki tangga.
Kali ini berlari.
Terus masuk ke dalam bilik.
"Mak Andak! Nah..." sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Eh, awak beli? Berapa semua ni?"
"Tadi kita beli sepuluh, tapi sekarang tinggal lapan"
"Ha awak bagi kawan kat dalam bas la tu"
"Tak de la, tadi Pak Lang tu. Dia minta. Kita cakap la ni Mak Andak punya. Tapi dia nak juga. Dia ambil satu makan. Aina dan Dina pun makan la satu juga.." tersengih-sengih lagi sambil bercerita..
"Oh, boleh pulak macam tu ye?" . Alasan nak makan juga sebenarnya tu.
"Abis tu Kak Yong tak makan ke masa rehat tadi? Ni beli sampai RM2 ni?"
"Tak la, saya makan... Seringgit duit saya, seringgit lagi duit Dina.. Heeee" terang Kak Yong.
"Oooo... ye ke? Dina pun share juga beli?" terkejut dengan berita yang Kak Yong sampaikan.
Sejak bila budak dua orang ni pandai berkompromi?
Selalunya bergoda je.
"Ha'ah, Dina makan seringgit je masa rehat tadi."

*Terharu sekejap*

"Hmmmm, jomla makan sama. Nah amik ni."
Berebut Kak Yong dan Kak Di.
Bagai orang mengantuk disorong bantal.
Suka la tu!

Akhirnya dapat la sorang sikit merasa satay ikan petang Jumaat tu.
Pengorbanan Kak Yong dan Kak Di pun agak berbaloi-baloi juga...

Sebab apa?

Sebab diorang pun dapat makan sama.
Dan wang mereka juga dikembalikan oleh Mak Andak yang terharu... (~_~)

Kata Kak Yong dan Kak Di...
"Eh, ni duit apa Mak Andak?"
"Duit kamu la Mak Andak ganti. Nanti bagi ummi simpan dalam tabung"
"YEAY! Ok..."

Agaknya macam la kot tukang jual satay ikan kat sekolah Kak Yong dan Kak Di tu gamaknya..
(!_!)

Walaupun selalu je kena marah dengan Mak Andak, masih sudi juga Kak Yong dan Kak Di belanja satay ikan RM1 seorang..
Huhuhu...


p/s: dulu 30sen boleh dapat nasi lemak sepinggan...


0 Roads Chosen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"