Sedang orang sibuk melayan lagu 'Cinta Muka Buku' yang sedang top sekarang ini, mari saya beritahu anda tentang satu cerita bertajuk 'Cinta Muka Udang'...
Pada suatu hari dalam hari-hari yang berlalu pada tahun lalu, saya bersama anak sedara yang (kegemarannya ialah makanan) pergi berjalan-jalan bersama umminya...
Hajat utama, semestinya untuk makan memandangkan waktu itu waktu tengah hari...
Kami bertiga pun singgahlah di satu kedai dalam JJ balakong untuk menikmati hidangan tengah hari. Mujur pakej makan tengah hari masih lagi boleh di pesan, jadi, jimatlah sikit...huhu
Saya memesan nasi ayam, Dina memesan nasi goreng satay dan umminya pula memesan mee tomyam...
Hidangan Dina yang paling lambat sampai (sebab saya rasa orang tu lupa nak buat... )
Makanya, dia meng'pow' umminya punya tomyam...
Seperti biasa, dia akan berkata "Eemmmmm, sedaplah ummi..." sambil makan dengan bersungguh-sungguh (lupa yang itu adalah kepunyaan umminya... :-P )
Sampailah umminya berkata "Sudahlah tu, nanti awak tak makan yang awak pesan, yang ini ummi punya, Dina tunggu kejap ye, nanti abang tu bawakan nasi Dina"
"Ok.."
Tapi disebabkan mereka itu lupa untuk membuat pesanan si Dina, maka Dina pun terus mengenden umminya punya tomyam...
Dalam mee tomyam itu terdapat seekor udang yang sangat besar... Dina meminta izin untuk mengambil udang tersebut...
"Ummi, Dina nak udang ni boleh.."
"Hmmm, ambilllah...." sambil umminya mematahkan kepala udang tersebut dan mengopek kulitnya untuk memudahkan Dina makan.
"Nah, makan elok-elok"
Dengan gembira, Dina pun ambil. Tapi dia jadi pelik, "Kenapa udang ni jadi kecil? Tadikan besar.."
Umminya pun menjawab "Tadi besar sebab ada kepala dia sekali..."
"Ye ke...Kenapa buang?"
"Ish, orang tak makan la kepala dia...tak elok"
"Okey" sambil tersengih-sengih Dina menjawab.
Beberapa minit selepas itu, (setelah habis udang tadi dimakan), Dina pun bersuara...
"Ummi.. kalau saya nak makan juga MUKA UDANG tadi tu boleh tak??"
Saya yang sedang minum air hampir tersembur dek pertanyaan Dina...
MUKA UDANG??? KEPALA UDANGLAH! Hahahahahaha....
Maaf, tak dapat tahan ketawa Dina... kesian Dina.. 'blurrr' sekejap..
Umminya pun menahan-nahan diri dari menampakkan dirinya juga sedang ketawa, takut Dina merajuk...
"Hmmmmm...ambillah 'Muka Udang ' ni, kalau rasa Dina boleh makan, Dina makanlah..."
Dina tersenyum gembira :-D
p/s:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Huhuhu, semester pertama sudah pun tamat. Cuma perlu menunggu keputusan peperiksaan sahaja..
Ini adalah salah satu insiden yang berlaku dalam semester pertama untuk program Ijazah Sarjana.
Nasib baiklah Dina ada, boleh la Mak Andak release tension dengan perangai manusia yang pelik-pelik dekat fakulti nun...
Layan Dina makan lagi seronok! *wink2*
4 Roads Chosen:
adoila, x larat nak gelak! ni mesti kes masa lepas graduation ceremony dina kan? hahaaa :D still fresh dalam kotak ingatanku ini huhuu..
ya Allah, x pernah baca entry yg buat ana tergelak macam ni hehe (^_^) macam2 anak buah momo nih~
alahai..dina..dina..sdap sgt kot muka udang tu..hehehe
unie: iye, anak anda la itu... the food lover... =p
ina: sakit perut ek ina gelak..? hehehe... anak2 buah i mmg macam2 ada... =p
nono: sedaaaaaaaaaaaaaaaap bangat mak cik pa oiii...! ngeh3
Post a Comment