Bolehla berbuka sama-sama nanti. :-D
Balik dari taska Kak Di tersenyum lebar, "Nanti kita nak teman abah beli coklat, air, makanan ... ... ... (dan lain-lain)"
Rasa seronok nak pergi bazaar Ramadhan la tu... ;-) Eceh..
**** Selepas balik dari bazaar *****
Muka Kak Di dah bertukar menjadi ikan kering, tak bermaya+kehausan yang teramat. Mood pun dah tak berapa nak best.
Senyum yang hampir ke telinga tadi sudah hilang...
Kak Yong pon 2x5, muka masam chom...
**** Selesai berbuka+solat Maghrib+Isya' ****
"Dah-dah la main dan tengok TV tu, nanti esok Mak Andak nak kejut bangun sahur mula la liat nak bangun.."
"Kikikikikikikikkiki.." masih lagi dalam mode bersuka-ria. Maklumla kan, fuel dah penuh. Maka banyakla bahan api yang boleh dibakar.
"Mak Andak kata tidur! Baca doa tidur Kak Yong, Kak Di"
"Allahumma bismika ahya wa amut "
"Eh, mana DADAH yang kita beli tadi Kak Yong?!" Kak Di tiba-tiba bingkas bangun dari tidur.
"Ha'ah la..!" Kak Yong terus bangkit menuju dapur.
"DADAH?! Apa Kak Di cakap? Kak Di beli apa?"
"DADAH, tadi kita ngan Kak Yong beli dengan abah dekat bazaar Ramadhan."
"Astaghfirullah al'adzhim... DADIH la bukan DADAH... Awak ni buat terkejut orang je la."
"Hah? apa dia Mak Andak? DA.. ape?"
"DADIH !"
"Oh DADIH ye"
"Iye...."
** Terus tak jadi tidur dua beradik tu. Malam tu mereka moreh makan
p/s: Dina memang pantang bila berdepan dengan makanan.. Huhu, bulan puasa ni kira kuatla dia tu tahan lapar... Bila tiba waktu berbuka, diala orang pertama yang akan bersila depan makanan. Kira kalau dia pegang sudu, lagi 2cm je lagi nak masuk mulut... Hahaha ;-P
1 Roads Chosen:
dh berapa kali dok ulang baca, masih lagi gelak nak pecah perot! aduiiii laa.. anak2 ummi macam2 hal! ye la dina, DADIH la sayang :D
Post a Comment