Alhamdulillah 3x, kali kedua mencuba akhirnya berjaya..
Sebelum ni adunan dia agak keras.. End up, jadi roti pintal.. (hahaha.. sebab dah tak larat nak tekan doh tu jadi bentuk bintang...)
Tapi masih juga rasa lenguh-lenguh tangan ni dek kerana menekan 'cookie presser' yang manual itu...
Kalau pakai letrik mungkin tidak mengalami lebam-lebam otot seperti ini... :P
Sampai sekarang masih lagi terasa ngilu tangan ni, nak pusing stereng pun sakit.. tangkap sampai bahu tu...
Mahu taknya, kena guna tenaga dalaman untuk mendapatkan hasil yang cantik..
Mula-mula, saya pintal je adunan tu, tapi bila rasa doh tu lebih lembut dari sebelum ini. Maka saya pun berazam untuk mencuba sekali lagi menggunakan cookie presser.
Kali ini dengan bantuan cik perut... (boleh bayang tak macam mana tekan guna perut??)
Erkkk....!!Tak perlulah nak bayangkan... :f
Jadi apa bendanya yang rupa seperti cakoi tapi cara buatnya seperti Éclair??!
Namanya Churros! (sekali lagi mencuba resepi kat blog Kak Irma ;) )
Di bawah ini adalah rupa hasilnya (setelah mencuba kali kedua, yang pertama tak sempat ambil gambar sebab licin dimakan raksaksa-raksaksa kecil [dan besar..] :i )
Hasil menekan dengan perut.
Tiga yang pintal tu yang paling awal dibuat (sebelum menyedari doh itu lembut berbanding dulu...)
Versi 1: Dipped with chocolate...
Versi 2: Plain
Versi 3: Dusted with confectionary sugar+cinnamon
(I like this one better..)
Versi 4: ?????
Bersama model yang 'request' gambarnya diambil bersama hasil senaman perut... :D
Yang ini pula adalah adunan yang dililit pada mulanya..
Rasanya tetap sama, tak ada yang special pun :P
Mudah aja nak buat, bahan dia pun tak susah nak dapat.
Selalunya bahan-bahan itu ada kat rumah.
p/s: Sebelum ni doh keras sebab guna telur gred C, jadi dia tak cukup 'liquid' nak melembutkan adunan. Kali kedua guna size A/B, baru ok....