"The want of plenty distracted you "

[Al-Quran; Sura Al-Kautsar]



So, which road should I choose now?

[Embark on the PhD train or disembark from the study train altogether]

Tuesday, August 9, 2011

Apple Strudel

Tuesday, August 9, 2011


Resepi ini sudah lama dibuat/cuba.
Cuma tak sempat nak letak dekat dalam blog ni.
[Macam-macam sebab la -Tak ada mood nak menulis+laptop rosak tak baiki2, dan tambah2 dengan internet  yang kejap hidup kejap mati. Lagi membantutkan semangat nak membuat kerja-kerja memuat naik gambar... *Huish! Letih menunggu satu keping siap....*]

Sekarang, internet sudah stabil, dan laptop pun sudah sihat.
Setelah ditukar power chip [yang mahal bangat itu] dan puas digodek-godek sistemnya [menaik taraf segala software dan apa yang patut], maka bergerak sihat dan lajulah laptop ini.
Maka, semangat pun kembali ;-) 
Yeay! :Angel

Apple Strudel
Teringat dekat gambar ni bila tengok banyak benor epal bergolek-golek dekat dapur.
Teringin nak makan epal strudel.
Macam terasa-rasa dalam mulut nih.....
*Droooling~~~~

Pertama kali cuba tempoh hari, filling  agak kering.
Jadi, hari tu gi buat survey dekat bakeri, rupa-rupanya dia letak whipped cream sikit kat dalamnya.
Lepas ni bolehla cuba letak pulak.

Cuma yang letihnya nak buat kulit dia tu.
Sensitif betul, kena tarik biar nipis tapi tak boleh koyak.
Ha, macam mana tu?!
Now you can imagine right, how delicate it is....

Macam biasa, garpu tu hanyalah hiasan...

Homemade Apple Strudel

Yummy!

p/s: teringin nak makan peach cobbler. macam mana rasanya ye? selalu dengar dan baca dalam buku. bunyi dia dah macam sedap kan? lagi-lagi dalam bulan puasa nih.... 




2 Roads Chosen

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Memory: Mana Dadah Tadi?

Sunday, August 7, 2011
SELANGOR - 1 Ramadhan (Hari pertama berpuasa) - Kak Yong dan Kak Di teruja sebab kebetulan abah mereka ada.
Bolehla berbuka sama-sama nanti. :-D

Balik dari taska Kak Di tersenyum lebar, "Nanti kita nak teman abah beli coklat, air, makanan ... ... ... (dan lain-lain)"
Rasa seronok nak pergi bazaar Ramadhan la tu... ;-)  Eceh..

**** Selepas balik dari bazaar *****
Muka Kak Di dah bertukar menjadi ikan kering, tak bermaya+kehausan yang teramat. Mood pun dah tak berapa nak best.
Senyum yang hampir ke telinga tadi sudah hilang...
Kak Yong pon 2x5, muka masam chom...

**** Selesai berbuka+solat Maghrib+Isya' ****
"Dah-dah la main dan tengok TV tu, nanti esok Mak Andak nak kejut bangun sahur mula la liat nak bangun.."
"Kikikikikikikikkiki.." masih lagi dalam mode bersuka-ria. Maklumla kan, fuel dah penuh. Maka banyakla bahan api yang boleh dibakar.
"Mak Andak kata tidur! Baca doa tidur Kak Yong, Kak Di"
"Allahumma bismika ahya wa amut "
"Eh, mana DADAH yang kita beli tadi Kak Yong?!" Kak Di tiba-tiba bingkas bangun dari tidur.
"Ha'ah la..!" Kak Yong terus bangkit menuju dapur.
"DADAH?! Apa Kak Di cakap? Kak Di beli apa?"
"DADAH, tadi kita ngan Kak Yong beli dengan abah dekat bazaar Ramadhan."
"Astaghfirullah al'adzhim... DADIH la bukan DADAH... Awak ni buat terkejut orang je la."
"Hah? apa dia Mak Andak? DA.. ape?"
"DADIH !"
"Oh DADIH ye"
"Iye...."

** Terus tak jadi tidur dua beradik tu. Malam tu mereka moreh makan DADAH DADIH! **


Dadih ye anak-anak, sebut betul-betul...D.A.D.I.H!


p/s: Dina memang pantang bila berdepan dengan makanan.. Huhu, bulan puasa ni kira kuatla dia tu tahan lapar... Bila tiba waktu berbuka, diala orang pertama yang akan bersila depan makanan. Kira kalau dia pegang sudu, lagi 2cm je lagi nak masuk mulut... Hahaha ;-P




1 Roads Chosen

Kategori Manusia

Ada berapa kategori manusia semuanya? Mari kita cuba senaraikan...

  1. Tinggi
  2. Rendah
  3. Kaya 
  4. Miskin
  5. Kuat
  6. Sakit
  7. Sihat
  8. ... ... ...


Wah! Banyaknya nak disenaraikan!
Tak perlu banyak-banyak, cuma ada TIGA sahaja kategori manusia...

  1. Yang Mengajar
  2. Yang Belajar
  3. Yang Tidak Belajar/Mengajar


Termasuk dalam kategori manakah kita? 1? 2? 1&2? ataupun 3? ;-)
Tahukah kita perbezaan orang yang 'Alim dengan orang yang beribadah bagaikan sinar bulan mengatasi bintang-bintang? (Nota: A'lim di sini bermaksud BERILMU ye pembaca sekalian... Bukan 'alim yang yang selalu disalah tafsirkan dalam penggunaan bahasa sekarang. Alim == berkopiah, berjubah, bertudung labuh etc... What a misconception!)


p/s: Membuat persiapan utk masuk belajar kembali... Aduh! rasa berkarat sudah semua ilmu, abis jargons yang dulu hafal bagai nak rak itu hilang!? Macam mana nak buat backup (brain)memory? Butang apa yang perlu ditekan ataupun ada apa2 software yang perlu di install? WAHA!

4 Roads Chosen

Yang Kuat

'Yang kuat...'
Sejak akhir-akhir ni gemar memanggil nama keduanya...
Mungkin kerana kesian mendengar namanya sudah menjadi 'lain' apabila disebut kakaknya yang cakap tak berapa nak 'teruih' lagi tu.. kikiki...(sila rujuk post yang lepas2)

Baru-baru ni, dia dimasukkan ke wad kerana sukar bernafas...
Aduhai 'Yang kuat'! Nasib baik tak serius mana...
Doktor kata akut bronkitis (betul ke apa yang saya tulis ni wahai makcik2 doktor kepada 'Yang kuat'?)
Lepas ni nak tidur kena balut la si kuat ni, tak pon bagi pakai baju tebal-tebal sikit...
Sebab kakak-kakaknya gemar buka kipas kuat-kuat...

Dan lepas ni tak leh dah main dekat-dekat Cici...(Nota: Cici kawan baik Ayyad- seekor kucing yang nakal, macam Ayyad juga ;-P )

Tariq Muayyad... 

Hmmmm...pikir-pikir balik, lepas ni nak panggil Tariq la...
Sejak panggil Muayyad, jadi kebal pulak budak kecik ni...
Langgar dinding steady je, siap boleh sengih tu... [tapi kalau dah over kuat melalak juga dia]
Konpius2...

p/s: Kak Yong dan Kak Di setakat ini berjaya berpuasa penuh! [tapi tak tau la kan hujung minngu ni, sebab diorang balik Kajang...]. Lepas ni boleh claim kat abah dan ummi, RM1== sehari... 




3 Roads Chosen

Monday, August 1, 2011

Sajak untuk lelaki...

Monday, August 1, 2011


Saifullah ... Asadullah...



Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul


Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih

p/s: Masa baca novel ni dulu tak perasan pulak sajak ni... Mungkin ada, cuma lupa sebab dah lama membacanya. Bila baca balik dekat blog Kak Ha, terasa sungguh dalam maknanya... bertepatan dengan isu semasa....  :-)

0 Roads Chosen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"where are you going? where are you going?
NORTH? SOUTH? EAST? or the WEST?
where are you heading? where are you heading?
TURN TO ALLAH is the best!
coz He is there wherever you are...
so turn....turn, turn to Allah
Allahu Allahu, jallaa jallaluhu"